Friday, July 3, 2009

Kursus Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti

23 Jun 2009 – Kursus Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti MS ISO 9001:2008 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Menengah Negeri Johor telah berjaya diadakan kepada semua warga SMK Benut pada hari ini di Bilik Mesyuarat SMK Benut.


Kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Abd Hamid Bin Buhairah (Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Seri Perhentian, Pontian).


Warga SMK Benut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah memberikan banyak input berkaitan kursus ini.



Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) MS ISO9001:2008

SMK Benut, Pontian adalah antara 115 buah sekolah rendah dan 105 buah sekolah menengah yang dipilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk melaksanakan SPSK sebagai sekolah rintis tahun 2009 dengan fokus kepada Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran. Majlis penyampaian watikah pelaksanaan telah diadakan pada 28 APRIL 2009 di ADTEC Batu Pahat dan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Johor.


PERKARA YANG DINILAI

PK 01 PENGURUSAN PANITIA

PK 02 PENGURUSAN JADUAL WAKTU

PK 03 PENGURUSAN P & P

PK 04 PENGURUSAN PENCERAPAN

PK 05 PENGURUSAN PEPERIKSAAN

PK 06 PENGURUSAN SEMAKAN HASIL KERJA MURID

PK 07 PENGURUSAN MESYUARAT

PK 08 PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN

PK 09 PENGURUSAN PUSAT SUMBER

PK 10 PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF

PK 11 PEROLEHAN DAN PEMBELIAN

PK 12 PENGURUSAN KAWALAN DOKUMEN DAN REKOD KUALITI

PK 13 PENGURUSAN BIMBINGAN

PK 14 PENGURUSAN AUDIT DALAM

PK 15 PENGURUSAN KAWALAN PERKHIDMATAN YANG TIDAK AKUR

PK 16 TINDAKAN PEMBETULAN, PENCEGAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN

PK 17 KAJIAN SEMULA PENGURUSAN


JAWATANKUASA INDUK SPSK


PENGERUSI

EN. HASNAN BIN JAFFAR

TIMBALAN PENGERUSI

(PENGURUS KUALITI)

PN. HJH. ROHANI BINTI ABD MANAF

SETIAUSAHA

CIK RINA BINTI MOKHSIN

PENOLONG SETIAUSAHA

PN. HASLINDA BINTI ABU SARI

AHLI JAWATANKUASA

PK 01

PN. SITI MURNI BINTI SAMSURI

PK 02

EN. SAMSUDIN BIN HAJI SAAD

PK 03

EN. AW KOH SHAI

PK 04

PN. ASIAH BINTI YAMIN

PK 05

PN. HJH. AZNIZA BINTI ZAKARIA

PK 06

TN. HJ. AB RAZAK BIN NASIRAN

PK 07

TN. HJ. MOHAMAD ROHMAN BIN SANGKERAH

PK 08

PN. HJH. ANDI AUDRAYANAH BINTI HJ. MD NOOR

PK 09

PN. AFIDAH BINTI SALLEH

PK 10

EN. ISMAIL BIN ALI

PK 11

EN. ZAKARIA BIN TAHIR

PK 12

PN. FADAK BIN BACHOK

PK 13

PN. ASIAH BINTI AZIZ

PK 14

EN. ABD RAHMAN BIN ZAINAL

PK 15

PN. HJH. NORYANI BINTI NANDAR

PK 16

PN. HJH. MAZURA BINTI BAKRI

PK 17

PN. HJH. AZHARIAH BINTI OMAR

Sunday, March 22, 2009

Amanat Tuan Pengetua Tahun 2009




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera


Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinan-Nya, warga SMK Benut dapat meneruskan perkhidmatan di sekolah ini bagi tahun 2009. Semoga pengalaman yang lepas dalam mengurus tanggungjawab yang diamanahkan dapat dijadikan panduan untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada tahun 2009.


Tahun 2009 pastinya tahun yang lebih mencabar bagi warga pendidik sekolah ini. Hal ini kerana kita mesti merealisasikan visi sekolah “SMK Gemilang 2009”. Walaupun kita sedar banyak aspek yang belum mencapai tahap gemilang, tetapi saya yakin jika warga SMK Benut boleh memberi 100% komitmen terhadap tugas masing-masing, visi tersebut pasti dapat direalisasikan. Oleh yang demikian ‘Merealisasikan Kegemilangan’ masih dipilih sebagai tema sekolah pada tahun 2009 bagi memastikan visi tersebut menjadi kenyataan.


Selain itu, kejayaan pastinya boleh dicapai jika ada ‘teamwork’ yang mantap dalam kalangan warga sekolah, lebih-lebih lagi dalam bidang ‘core business’ kita iaitu mengurus kurikulum khasnya pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru harus sedar, kejayaan dalam bidang akademik adalah petunjuk kejayaan sesebuah sekolah itu cemerlang jika dapat menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Di samping itu, kita akan terus meningkatkan kecemerlangan dalam kokurikulum, pengurusan, sahsiah dan disiplin pelajar sebagaimana yang dinyatakan dalam misi sekolah ini.


Saya juga berharap, tugasan yang dirancang hendaknya bertepatan dengan kepakaran yang ada pada setiap guru dan kakitangan sekolah, agar tugas yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sentiasa mematuhi ‘Prinsip Etika Kerja’ Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sekian, terima kasih.


ENCIK HASNAN BIN JAFFAR

PENGETUA

SMK BENUT